Monday, December 19, 2016

SOALAN-SOALAN LAZIM KERETA SEWA | CAR RENTAL SUBANG PUTRA HEIGHTS USJ SHAH ALAM BSP PUCHONG KLANG KUALA LUMPUR | 014-805 0606

SOALAN-SOALAN LAZIM YANG SERING DITANYA
OLEH PELANGGAN-PELANGGAN KAMI. 


 1. Apakah jenis kereta sewa yang ditawarkan        oleh Kereta Sewa Putra Heights ?
  • Kami menawarkan kereta sewa dari peringkat kelas ekonomi, kelas pertengahan sehingga lah MPV mewah. Klik di SINI.
2. Adakah Kereta Sewa Putra Heights        menawarkan penyewaan untuk jangka panjang ?
  • YA !! Harga yang ditawarkan untuk jangka panjang juga sangat-sangat menarik. Boleh lihat di sini. CHECK RENTAL PRICE
3.  Saya lupa bawa dokumen semasa mengambil kereta. Boleh tak saya hantar kemudian ?
  • Maaf kereta sewa hanya diberikan kepada pelanggan yang mempunya dokumen lengkap sahaja.
4. Alamak ! Lesen saya mati. Boleh sewa tak ?
  • Maaf, Tidak boleh ya.
5. Boleh ke saya wakilkan adik/kawan saya datang untuk mengambil kereta untuk saya ?
  • Maaf tidak boleh. Penyewa perlu datang sendiri untuk menandatangani borang perjanjian kereta sewa. 
6. Saya nak lanjutkan penyewaan kereta, boleh tak saya guna deposit yang saya telah bagi untuk pembayarannya ?
  • Maaf tidak boleh. Sekiranya anda ingin melanjutkan tempoh penyewaan, sila hubungi kami dengan kadar segera dan anda perlu menjelaskan bayaran sewa untuk tempoh lanjutan.
  • Bayaran melalui bank transfer atau tunai mestilah dijelaskan sebelum tamat tempoh penyewaan asal.
7. Bilakah saya akan dapat Security Deposit kembali ?
  • Security Deposit akan dipulangkan pada anda apabila kereta sewa dipulangkan kembali kepada pihak Kereta Sewa Putra Heights dengan syarat, bebas daripada saman dan kereta dalam keadaan seperti mana pihak kami memberi kepada anda.
  • Duit akan dikembalikan selewat-lewatnya 3 hari bekerja melalui tunai atau bank transfer.
8. Saya pernah sewa kereta daripada Kereta Sewa Putra Heights dan saya mahu sewa untuk kali kedua, perlu ke saya membawa dokumen lagi ?
  • Tidak perlu. Dokumen diperlukan ketika pertama kali menyewa daripada kami. Untuk penyewaan kali kedua, penyewa perlu hadir ke pejabat untuk menandatangani perjanjian dan memberitahu nombor kad pengenalan sahaja.
9. Saya nak sewa setengah hari atau 3 jam sahaja. Boleh tak ?
  • Maaf, pihak kami hanya menawarkan tempoh sewaan minima satu hari atau sewaan 24 jam.
10.  Saya nak sewa kereta 1 hari dan nak ambil kereta pukul 9 am, jadi pukul berapa saya patut menghantar kereta semula ?
  • Untuk tempoh 1 hari bersamaan 24 jam. Jadi anda boleh pulangkan keesokkan harinya pada pukul 9 am juga.
11. Saya terlambat sedikit untuk memulangkan kereta kepada pihak Kereta Sewa Putra Heights. Ada denda ke ?
  • Bergantung, jika dipulangkan terlalu lambat sehingga 1 jam anda akan dikenakan denda bergantung kepada jenis kereta yang anda sewa. Kalau 10 - 15 minit tiada masalah.
  • Bagaimanapun anda perlu berkomunikasi dengan pihak Kereta Sewa Putra Heights.
12. Kalau kereta rosak saya kena bayar ke ?
  • Sekiranya kereta rosak diatas kecuaian penyewa seperti melanggar penghadang jalan atau tiang, penyewa perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
  • Sekiranya kereta rosak secara tiba-tiba ditengah jalan atas masalah teknikal seperti bateri rosak, maka penyewa tak perlu bayar apa-apa.
  • Hubungi kami dan kami akan menggantikan dengan kenderaan lain jika ada.
13. Kalau kereta rosak tengah jalan macam mana ?
  • Hubungi kami segera 014-805 0606 dan kami akan datang membantu. Sekiranya perlu kami akan menghantar Tow Truck daripada pihak kami sendiri. Jangan sesekali meminta Tow Truck ditepi jalan untuk menarik kereta tanpa pengetahuan kami.




No comments:

Post a Comment