Monday, December 12, 2016

CARA KUTIP HUTANG DARIPADA PELANGGAN | KERETA SEWA PUTRA HEIGHTS | SUBANG JAYA | BSP | SHAH ALAM | ALAM MEGAH | HUBUNGI KAMI DI TALIAN 014-805 0606


                                             
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ☺☺☺
Saya nak ceita sikit tentang " Bagaimana nak mengutip HUTANG daripada pelanggan ? " secara berhemah.
Secara ringkasnya saya ceritakan begini :
  • Maklumkan kepada pelanggan minta mereka bayar secara baik.
  • Kalau tak bayar buat laporan polis. Maklumkan kepada pelanggan.
  • Kalau tak bayar juga masukkan nama mereka dalam www.senaraipenipu.com dan Facebook Pages Kami Benci Kaki Tipu kemudian maklumkan kepada pelanggan.
  • Kalau tak bayar juga anggap tiada rezeki.
Tip Tambahan
  • Pada masa depan sebolehnya tapis pelanggan, pastikan anda tahu di mana pelanggan bekerja.
  • Kalau bank mereka akan buat gangguan di tempat kerja pelanggan.
  • Gangguan sampai tahap pelanggan terloncat-loncat mahu membayar hutang he he he.
Contoh menghantar message seperti ini :
“Maaf, sehingga kini tiada respon daripada Encik/Cik. Saya beri peluang untnk Encik/Cik respond dalam masa terdekat. Sekiranya tiada pembayaran, saya akan melakukan tindakan berikut :
  • Buat laporan polis.
  • Muat naik maklumat Encik/Cik ke dalam website berikut: www.senaraipenipu.com dan medium sosial yg lain seperti Fb,Blog,Instagram dll. Harap maklum.
Akhirnya pelanggan respon begini :
“Saya tengah usahakan. Saya akan jelaskan bayaran pada masa yang terdekat. Harap maklum. Sekian”
Sekurang2nya ada perkembangan positif. Tak sia2 saya mengenali Encik/Cik. Terima kasih sekali lagi..
He he he mudah bukan nak kutip hutang daripada pelanggan. Kaedah ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang nak kutip hutang. Tak perlu buang duit nak upah peguam dan sebagainya.
Walau bagaimanapun strategi ini tidak 100% terjamin. Namun ia pasti membuatkan mereka melompat-lompat untuk membayar hutang anda. Tak percaya cuba buat.
Sekiranya bermanfaat, Kongsikan Artikel Ini..
                                       

No comments:

Post a Comment